MOEIS Auto

Dasar Privasi - MOEIS Auto

Produk: MOEIS Auto Pembangun: Noramin Hussin Kemas kini:

Tujuan MOEIS Auto

MOEIS Auto ialah extension pelayar yang membantu pengguna yang diberi kuasa memadankan alasan ketidakhadiran dan mengisi kategori atau sebab pada halaman Kehadiran MOEIS.

Pengguna kekal bertanggungjawab menyemak ketepatan setiap hasil dan mesti menekan butang SIMPAN sendiri. MOEIS Auto tidak menyimpan rekod bagi pihak pengguna secara automatik.

Pemprosesan dan penyimpanan data

Limited Use

MOEIS Auto mengehadkan penggunaan data kepada fungsi utama yang jelas kepada pengguna, iaitu membantu pemadanan alasan ketidakhadiran dan pengisian kategori atau sebab dalam tab MOEIS. Data tidak digunakan untuk pengiklanan, pemprofilan, pemantauan pengguna, penjualan data, atau tujuan lain yang tidak berkaitan dengan fungsi tersebut.

Akses kepada kandungan halaman hanya berlaku apabila diperlukan untuk melaksanakan fungsi yang diminta oleh pengguna dan tidak digunakan untuk menentukan kelayakan kredit, pekerjaan, perumahan, insurans atau apa-apa keputusan berisiko tinggi.

Tanggungjawab pengguna

MOEIS Auto berfungsi sebagai alat bantuan sahaja. Pengguna hendaklah memastikan mereka mempunyai kebenaran untuk mengakses dan mengurus rekod berkenaan, menyemak semua cadangan pengisian, membetulkan sebarang ketidaktepatan dan menekan SIMPAN sendiri selepas berpuas hati.

Penafian

MOEIS Auto bukan produk rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau MOEIS, dan tidak dibangunkan, disahkan atau disokong secara rasmi oleh KPM atau MOEIS.